AS rakan strategik Malaysia bangunkan sektor pertanian moden – KPKM

AMERIKA Syarikat (AS) dilihat sebagai rakan kongsi utama dalam membangunkan sektor pertanian moden dan mampan bagi mendepani cabaran global termasuk perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan geopolitik.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu ditekan oleh beliau ketika menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (B) Brian D McFeeters bersama delegasi majlis itu, semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini, Mohamad berkata, Malaysia turut berhasrat meningkatkan kerjasama dan pelaburan dengan AS dalam sektor padi dan ruminan, selain penanaman jagung bijirin secara besar-besaran bagi menyokong industri makanan haiwan domestik.

“Sesi dialog telah memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pertanian regeneratif (regenerative agriculture), bekalan baja dan juga hala tuju sektor pertanian Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM, dalam pertemuan itu, Mohamad turut menjemput delegasi USABC untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 yang dijadualkan pada 28 Ogos hingga 6 September ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img