AS salur RM1 juta pulihara Tugu Negara sempena ulang tahun ke-250

AMERIKA Syarikat (AS) memperuntukkan dana RM1 juta bagi kerja pemuliharaan Tugu Negara menerusi inisiatif warisan budaya sempena ulang tahun ke-250 negara itu.

Menurut Kedutaan AS, peruntukan bersamaan kira-kira USD245,000 itu akan disalurkan kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Program Dana Duta untuk Pelestarian Budaya (AFCP).

Dana itu bertujuan membantu kerja pemulihan monumen kebangsaan itu yang mengalami kerosakan akibat faktor cuaca serta kesan insiden pengeboman pada 1975.

“Tugu Negara yang merupakan monumen kebangsaan Malaysia dihasilkan oleh pengarca Amerika, Felix De Weldon yang turut mereka bentuk memorial perang Kor Marin Amerika Syarikat di Arlington, Virginia,” ujar Kuasa Usaha di Kedutaan AS di Malaysia, David H Gamble Jr.

Beliau ditemui media sempena sambutan 250 tahun kemerdekaan Amerika Syarikat anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurut David, Jabatan Negara AS telah memberi kebenaran kepada pihak kedutaan untuk mengumumkan pemberian dana berkenaan, tertakluk kepada kelulusan akhir.

Perkara itu juga dimaklumkan kepada Kementerian Luar serta sedang diselaraskan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Projek pemuliharaan Tugu Negara dijangka bermula pada tahun hadapan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img