Banjir di Taiz, Yemen  korbankan 24 Nyawa, lebih 31,000 keluarga terjejas

SEKURANG -kurangnya 24 orang maut manakala lebih 31,000 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda wilayah barat daya Taiz di Yemen  sejak akhir Mac lalu.

Timbalan Gabenor Taiz, Moheeb al-Hakimi, berkata dalam satu sidang media bahawa banjir melanda beberapa daerah di wilayah itu, menyebabkan 24 kematian dan menjejaskan 31,260 keluarga, menurut laporan agensi berita rasmi Saba News Agency.

Beliau turut memaklumkan bahawa bencana tersebut menyebabkan kerosakan besar dalam pelbagai sektor, dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi AS$15 juta (RM70.5 juta) , seperti dilaporkan Anadolu Agency.

Menurut Hakimi, kejadian ini bukan kes terpencil, sebaliknya mencerminkan kerentanan kronik yang berpunca daripada perubahan iklim, kemerosotan infrastruktur, peningkatan ketidakjaminan makanan serta kelemahan kapasiti institusi dalam sistem amaran awal dan tindak balas bencana.

Pada 14 April lalu, kerajaan Yemen melaporkan bahawa banjir di Taiz telah meragut 22 nyawa, manakala 21 lagi dilaporkan hilang atau cedera, selain memaksa lebih 12,000 keluarga berpindah.

Sejak akhir Mac, hujan lebat berterusan di Yemen telah menyebabkan puluhan kematian dan kecederaan serta kemusnahan meluas di beberapa wilayah, khususnya di Taiz.

Keadaan infrastruktur yang rapuh di Yaman turut memburukkan lagi kesan banjir, sekali gus menambah penderitaan yang dihadapi penduduk setempat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img