Bank Rakyat umum dividen 18 peratus, tertinggi dalam 10 tahun

BANK Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, sekali gus mencatat paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, pembayaran dividen berjumlah RM534.7 juta itu melibatkan 783,324 anggota.

“Prestasi kewangan yang memberangsangkan ini membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai penghargaan kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat atas sokongan berterusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Dividen Bank Rakyat bagi Tahun Kewangan 2025 di ibu negara hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.9 bilion bagi tahun kewangan 2025.

Menurut beliau, ia meningkat 4.2 peratus atau RM75.8 juta, berbanding RM1.8 bilion pada tahun sebelumnya.

“Keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi ini dicapai melalui asas kukuh kumpulan serta tumpuan terhadap aktiviti teras, disokong oleh keadaan ekonomi domestik yang bertambah baik,” katanya.

Tambah beliau, prestasi memberangsangkan itu dipacu oleh pertumbuhan kukuh jumlah aset yang meningkat sebanyak 6.6 peratus kepada RM131 bilion.

Perkembangan itu turut didorong oleh tawaran menarik dalam segmen pembiayaan runcit, pendapatan bukan berasaskan dana, pendigitalan serta peningkatan kualiti aset.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img