Pasangan kekasih dicekup khalwat, lelaki sorok bawah katil

TINDAKAN seorang wanita membawa pulang kekasihnya ke rumah ketika ibu bapanya tiada membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pasangan berusia lingkungan 20-an yang masih bujang ditahan selepas penguat kuasa menerima aduan orang awam sebelum menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di daerah ini.

“Sebaik penguat kuasa tiba di sebuah rumah dekat sebuah taman perumahan di daerah ini, kita cuba mengetuk pintu rumah dan pintu dibuka lima minit kemudian oleh seorang wanita yang berseluar panjang dan t-shirt.

“Penguat kuasa masuk ke rumah dan bertanya wanita itu dia bersama siapa di rumah dan dia menjawab hanya seorang diri, namun penguat kuasa tidak percaya.

“Penguat kuasa memeriksa semua bilik dan salah satu bilik tertutup rapat tetapi tidak berkunci dan keadaan bilik gelap namun pendingin hawa terpasang. Penguat kuasa membuat pemeriksaan lanjut selepas suis lampu dibuka,” katanya.

Menurut JAINJ, pemeriksaan dalam almari mendapati banyak pakaian wanita yang menunjukkan itu adalah bilik wanita terbabit.

Katanya, mereka akhirnya menemui seorang lelaki yang sedang berbaring secara terlungkup dan menyorok di bawah katil.

“Selepas disuluh dengan lampu suluh barulah lelaki itu keluar dari bawah katil dengan memakai seluar panjang dan t-shirt,” katanya.

Hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri dan bukan mahram, manakala rumah berkenaan milik wanita yang tinggal bersama ibu bapanya.

Kesempatan diambil apabila ibu bapanya tiada di rumah untuk membawa masuk lelaki terbabit.

Pasangan itu mengaku sudah lama menjalinkan hubungan dan berhasrat untuk berkahwin, namun belum berbuat demikian kerana kekangan kewangan.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img