Barangan ditemukan bukan milik Jaslinda – Bomba

BEBERAPA barangan yang ditemukan di sekitar sungai, lereng bukit dan laluan pendakian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin bukan milik pendaki wanita yang hilang itu.

Dalam satu kenyataan, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) terlibat dalam pencarian pada Khamis sebelum semua anggota keluar dari sektor operasi pada jam 11.30 pagi dalam keadaan selamat.

Menurutnya, pada Jumaat, lima anggota terdiri daripada Jabatan Perhutanan dan MGP kembali memasuki sektor pencarian bagi meneruskan operasi.

“Komuniti Orang Asli yang turut membantu sejak 3 Jun masih berada di lokasi pencarian, namun setakat ini belum menemui sebarang petunjuk baharu,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, JBPM Perak menerima banyak permohonan daripada sukarelawan untuk menyertai operasi SAR.

Bagaimanapun, katanya sebahagian permohonan itu ditolak selepas penilaian bersama Jabatan Perhutanan dibuat berikutan faktor pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kekangan kelengkapan dan kesesuaian operasi.

Namun, terdapat juga kumpulan yang dibenarkan menyertai operasi selepas memenuhi syarat ditetapkan.

Setakat ini, operasi SAR diteruskan dalam skala lebih kecil selepas Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Kuala Woh ditutup pada 3 Jun lalu apabila 95 peratus kawasan pencarian telah diliputi.

Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img