Kerajaan komited cari sumber baharu pastikan bekalan tenaga mencukupi

KERAJAAN melalui Petronas dan syarikat-syarikat minyak terus komited mencari sumber bekalan baharu, termasuk dari Afrika Selatan dan Amerika Syarikat AS), bagi memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi negara tidak terjejas.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu merupakan usaha kerajaan mempelbagaikan sumber bagi memastikan bekalan tenaga mencukupi.

“Ini (sekali gus) bermaksud kita ada hubungan baharu, beberapa bekalan yang masuk mungkin ia datang dari tempat yang lebih jauh dah harganya lebih tinggi sedikit, tetapi yang pentingnya bekalan tenaga dalam negara mencukupi.

“Bagi arang batu, Malaysia terus bergantung sebahagian besarnya kepada Indonesia, selain mengembangkan sumber bekalannya ke negara lain, termasuk AS dan Australia.

“(Ini) sekali gus mengurangkan kebergantungan pada satu sumber dan mengukuhkan keselamatan bekalan secara keseluruhan,” katanya selepas menghadiri Program Mikro Kredit Turun Padang di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, langkah itu merupakan pengurusan risiko yang baik apabila sebarang gangguan di sesuatu negara pembekal, Malaysia masih mempunyai pilihan meningkatkan bekalan daripada sumber lain.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan, memaklumkan Program Mikro Kredit Turun Padang merupakan sebahagian usaha berterusan kerajaan Madani untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan mikro menerusi pendekatan libat urus secara langsung bersama penjaja dan peniaga kecil di pasar tani seluruh negara.

Program itu menyediakan platform bagi mendekati usahawan mikro di peringkat komuniti, memahami cabaran dihadapi serta menyalurkan maklumat mengenai pelbagai kemudahan pembiayaan, bantuan perniagaan, dan program pembangunan kapasiti yang disediakan kerajaan dan agensi berkaitan.

“(Ia juga bagi) mampu membantu mereka meningkatkan pendapatan, mengembangkan operasi perniagaan serta membina perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing,” menurut kenyataan itu.

Agensi pelaksana yang terlibat dalam program itu adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tekun Nasional, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dan Mara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img