Beberapa stesen minyak Caltex hadapi gangguan bekalan di empat negeri

SELEPAS stesen minyak Shell menghadapi bekalan, hari ini beberapa stesen minyak Caltex di beberapa negeri di Semenanjung dilaporkan terjejas akibat gangguan bekalan petrol RON95 dan diesel.

Caltex Malaysia dalam satu kenyataan berkata stesen yang terlibat berada di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan, sambil menambah gangguan itu dijangka berlarutan selama beberapa hari.

Menurutnya, keadaan itu berpunca daripada kelewatan tidak dijangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan api.

“Ini disebabkan kelewatan tidak dijangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran kami. Pasukan kami sedang berusaha mengutamakan penghantaran dan meminimumkan gangguan operasi.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran anda,” kata syarikat itu.

Shell turut terjejas oleh gangguan yang sama minggu lalu akibat kelewatan penghantaran serta peningkatan permintaan.

Penutupan Selat Hormuz yang penting selama sebulan telah menjejaskan penghantaran, apabila perang dengan Iran menyebabkan lonjakan harga minyak mentah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img