Bekalan diesel ke Filipina bukan mikik Malaysia – Fahmi

SALAH  faham berkaitan pergerakan logistik perkapalan di perairan Johor menjadi punca wujud dakwaan Kerajaan Malaysia menghantar bekalan diesel di Filipina.

Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, bekalan diesel berkenaan bukan diproses oleh Petronas atau mana-mana syarikat minyak tempatan, tetapi dimiliki serta dijual oleh syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Vitol.

“Timbul persoalan dalam media sosial mengenai minyak yang didakwa dihantar oleh Kerajaan Malaysia ke Filipina. Namun, penjelasan oleh pihak Petronas serta pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesahkan bahawa minyak tersebut bukan milik Malaysia.

‘’Sebaliknya, ia telah dijual oleh sebuah syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Vitol, dan disimpan di sebuah gudang di Johor, di kawasan Tanjung Pelepas. Dalam konteks perkapalan, kapal yang berada di perairan Johor dianggap berlepas dari Malaysia.

“Perkara ini menjadi punca salah faham dalam kalangan segelintir pengguna Internet yang mendakwa diesel tersebut dihantar dari Malaysia,’’ katanya kepada wartawan di Kuala Nerus.

Fahmi menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional.

Beliau seterusnya,  hakikatnya, minyak berkenaan bukan diproses oleh Petronas atau mana-mana syarikat minyak tempatan, sebaliknya merupakan milik Vitol yang telah dijual kepada pihak Filipina, dengan kapal tersebut hanya berlepas dari perairan Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi berharap maklumat berkenaan dapat diperjelaskan kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan berhubung isu penghantaran minyak tersebut.

Sebelum ini, Pasukan Pengurusan Krisis MTEN dalam satu kenyataan mengesahkan 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti dilaporkan beberapa media antarabangsa.

Sementara itu, Petronas dalam kenyataan berasingan turut menafikan penglibatan syarikat itu dalam penghantaran kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel ke negara jiran tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img