Bekas pemain ragbi kebangsaan meninggal dunia

BEKAS pemain ragbi kebangsaan yang pernah menghadiahkan pingat emas buat Malaysia di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 D, Mohamad Khairul Abdillah Ramli dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita pemergian Allahyarham atau lebih dikenali sebagai Myko disahkan menerusi kenyataan rasmi Ragbi Malaysia (MR).

Menurut kenyataan itu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Mohamad Khairul Abdillah, bekas pemain kebangsaan, pemain skuad Piala Agong Kelantan 2026 serta pemain skuad Bunga Raya 7s yang pernah menyumbang pingat emas buat Malaysia di temasya Sukan Sea 2017, telah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat arena ragbi negara dan negeri Kelantan.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img