Bekas pembantu khas Teresa Kok didakwa esok, disyaki terima rasuh RM500,000

BEKAS  pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur esok  berhubung kes rasuah melibatkan projek mesra rakyat.

Sumber berkata, lelaki itu dijadualkan didakwa kira-kira jam 8.30 pagi.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Projek itu dipercayai melibatkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas berkenaan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Wang itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img