Laporan PH akan hilang majoriti 2/3 di Pula Pinang…ini reaksi Kon Yeow

KETUA Menteri Pulau Pinag Chow Kon Yeow berkata pembentukan kerajaan selepas pilihan raya berkemungkinan besar bergantung kepada jajaran politik dan kerjasama antara gabungan parti, ketika spekulasi mengenai pilihan raya negeri semakin hangat diperkatakan.

Mengulas kedudukan Pakatan Harapan termasuk dakwaan bahawa gabungan itu mungkin hanya mampu memenangi 24 daripada 40 kerusi dalam senario paling buruk, Chow berkata keputusan pilihan raya perlu dilihat berdasarkan “permainan angka” dalam politik.

“Soal pilihan raya ini juga sememangnya permainan nombor, jadi anda melihat kemungkinan senario paling buruk,” katanya lapor Buletin Mutiara.

Apabila soalan sama diulang, beliau hanya menjawab ringkas: “Senario paling buruk.”

Mengenai kemungkinan wujud gabungan politik baharu selepas pilihan raya, Chow berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan, namun mengakui pembentukan kerjasama pasca pilihan raya berkemungkinan berlaku dalam landskap politik semasa.

“Setiap parti politik atau gabungan politik kini perlu mempertimbangkan hakikat bahawa tiada satu parti atau satu gabungan mungkin mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Jadi, kemungkinan pembentukan gabungan selepas pilihan raya itu memang boleh berlaku, bergantung kepada keputusan pilihan raya,” katanya.

Ditanya mengenai masa depan politiknya sendiri di kawasan Batu Kawan, Chow menegaskan sebarang keputusan mengenai pencalonan atau kedudukannya akan ditentukan oleh parti.

“Perkara ini akan diputuskan oleh parti,” katanya sambil menambah, “Parti akan membuat keputusan untuk saya.”

Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang ketika ini memegang 29 daripada 40 kerusi di DUN Pulau Pinang, dengan PH memegang 27 dan Barisan Nasional (BN) dua. Majoriti 2/3 dicapai dengan 27 kerusi, manakala majoriti mudah adalah 21 kerusi.

DAP dan sekutu mentadbir Pulau Pinang sejak 2008, apabila Pakatan Rakyat pertama kali merampas negeri tersebut daripada BN.

PH dan BN bertanding sebagai sekutu buat kali pertama pada PRN Ogos 2023 di enam negeri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img