Bersatu susun semula pimpinan bahagian  terlibat peletakan jawatan AJK – Muhyiddin

PARTI  (Bersatu) sedang dalam proses menyusun semula bahagian-bahagian dan sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan ketua dan ahli jawatankuasanya.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebuah Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden Datuk Dr. Radzi Jidin dan. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah ditubuhkan untuk melaksanakan proses penyusunan semula bahagian dan sayap parti.

‘’Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan bertindak sebagai sekretariat Pasukan Petugas Khas ini. Ketua-Ketua Badan Pimpinan Negeri telah diarahkan untuk mengenal pasti bahagian- bahagian yang terlibat,’’ katanya dalam kenyataan.

Belau membuat kenyataan itu berikutan satu demi satu Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu meletakkan jawatan dengan memberi alasan mereka hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

Setakat ini hampir 40 bahagian Bersatu ‘lumpuh’ berikutan gelombang peletakan jawatan dan keluar daripada parti itu selepas berlakunya pemecatan ‘secara borong’ seramai 17 orang pemimpinnya termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Muhyiddin yang meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari lalu berkata,p enyusunan semula bahagian-bahagian ini akan melibatkan pemangkuan jawatan Ketua Bahagian atau pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti.

‘’ Sayap-sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan juga akan disusun semula melalui pemangkuan atau pembentukan jawatankuasa yang baharu. Bersatu mempunyai barisan pelapis dan ahli-ahli aktif di setiap bahagian yang bersedia memikul tanggungjawab besar untuk memperkukuhkan parti.

‘’Saya yakin ramai ahli Bersatu yang setia dengan perjuangan parti akan tampil ke hadapan untuk menggalas amanah ini. Saya juga ingin menegaskan bahawa Bersatu  terus komited kepada perjuangan Perikatan Nasional,’’ katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan gabungan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img