Buruh didenda RM8,000 beri maklumat palsu daftar kelahiran anak

SEORANG buruh kontrak didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu dalam permohonan pembetulan daftar kelahiran anak.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman, turut memerintahkan tertuduh, Mohd Sahal Sayadi, 58, dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berstatus pemastautin tetap itu didakwa sengaja memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan “Pembetulan Maklumat Dalam Daftar Kelahiran” bagi anak lelakinya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan bagi mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak hasil perkahwinan pertamanya dengan wanita warga Indonesia.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang kira-kira jam 3.30 petang pada 30 September 2024.

Tertuduh yang mempunyai 10 anak didakwa mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya JPN, Fakhrol Anuar Sani, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img