CEO syarikat buah-buahan didakwa pagi ini kes tipu RM1.65 juta

KETUA pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborongan, pengimportan dan pengeksportan buah-buahan serta sayur-sayuran akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pagi ini berhubung kes penipuan pembelian dusun durian bernilai RM1.65 juta.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Menurut kenyataan SPRM, siasatan awal mendapati kes berkenaan dipercayai berlaku pada Februari 2024, namun urusan pembelian dusun durian terbabit tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan suspek akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pagi ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here