SEORANG anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut manakala tiga lagi cedera ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang di Kangar tengah malam tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika anggota berkenaan sedang melaksanakan operasi terbabit.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kejadian itu masih belum diperoleh berikutan usaha mendapatkan maklumat daripada pihak Maritim Malaysia setakat ini belum berhasil, lapor BH.
Pihak berkuasa berkenaan difahamkan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.
Dalam pada itu, anggota yang maut dilaporkan meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia 14 serta 11 tahun.
Ahli keluarga mangsa kini dikatakan berkumpul di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi menunggu urusan memandikan jenazah selesai.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah, hari ini selepas proses bedah siasat selesai.





