Cubaan rompak kedai emas Klang tidak rugikan pemilik – Polis

CUBAAN merompak sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang, pada 20 Ogos lalu tidak menyebabkan sebarang kerugian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan identiti suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Berdasarkan maklumat dan bantuan daripada orang awam, setakat ini kami telah memperoleh beberapa petunjuk positif.

“Saya tidak boleh berkongsi butiran lanjut kerana ia boleh mengganggu siasatan,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor Buletin TV3.

Shazeli berkata, polis percaya kejadian itu dirancang dan suspek menunggu peluang yang sesuai sebelum melakukan cubaan berkenaan.

Dalam kejadian yang tular menerusi video sebelum ini, tiga lelaki memakai topi keledar dilihat memecahkan cermin pameran sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana.

Dua suspek dipercayai menggunakan tukul untuk memecahkan cermin berkenaan, manakala seorang lagi dilihat memegang objek menyerupai pistol.

Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek gagal memecahkan cermin berkenaan sebelum melarikan diri selepas penggera keselamatan berbunyi.

Mereka kemudian melarikan diri ke arah seorang lagi suspek yang menunggu di luar premis menggunakan motosikal.

Kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here