Pengurus restoran maut dirempuh kereta ketika melintas

SEORANG pengurus restoran makanan segera maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, berhampiran Masjid Ajil, di Kilometer 31, Kuala Berang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa, Nor Haizura Mamat Sidek, 45, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan kira-kira jam 8.15 malam itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuala Berang.

“Siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun bersama penumpang wanita berusia 22 tahun.

“Mangsa yang merupakan pejalan kaki dipercayai sedang melintas jalan dari kiri ke kanan sebelum dilanggar kereta berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, keadaan jalan ketika kejadian basah selepas hujan, manakala lokasi berkenaan merupakan jalan lurus dengan dua lorong sehala dan trafik sibuk.

“Keadaan ketika itu juga gelap kerana tiada lampu jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here