Dakwaan minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz: Lima soalan penganalisis kepada Dr Azman

ISU kenaikan harga minyak terus menjadi perdebatan. Persoalan yang paling popular dibangkitkan ialah kenapakah harga minyak sama ada petrol mahupun diesel tidak mengikut harga pasaran.

Pelbagai persoalan dibangkitkan terbaru oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Dr. Azman Ibrahim yang mendakwa minyak Malaysia tidak melalui Selat Hormuz. Bagaimanapun kenyataan beliau disanggah oleh seorang penganalisis ekonomi Muzammil Khairi.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Dr.Azman dan soalan balas oleh Muzammil melalui Facebook masing-masing.

Kenyataan Dr.Azman:

Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kenaikan harga minyak tak sepatutnya berlaku kerana negara kita ada produk sendiri adalah tepat dan disokong dengan fakta.

Di Perairan Terengganu terdapat kira-kira 120 buah pelantar minyak yang sedang beroperasi. Saya tak nyatakan angka dengan tepat kerana bilangan pelantar sentiasa bertambah dan berkurang bila ada yang ditutup dan ada pelantar baru dibuka.

Minyak mentah dari pelantar akan disalur ke Loji Penapisan Minyak Petronas Kerteh sama ada melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki. Di Loji Kerteh ini minyak mentah diproses menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara kita.

Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak?  Saya ulang! Minyak kita tak lalu Selat Hormuz!

Soalan balas oleh  Muzammil Khairi:

Assalamualaikum Dr Azman Ibrahim,

Soalan 1:

Bila Dr kata minyak kita tak lalu Selat Hormuz, berapa banyak minyak yang kita keluarkan satu hari dalam Malaysia ni?

 Berdasarkan Data Petronas, minyak mentah yang Malaysia keluarkan adalah sekitar 400,000 tong sehari dan penggunaan domestik adalah sebanyak 800,000 tong sehari.

Soalan 2:

Sebab Dr kata ada data, nak tahu juga berapa banyak minyak mentah yang dikeluarkan di Terengganu sehari, sebulan, setahun? Jangan kira pelantar, pelantar ada 1,200 pun tapi kita tak tau berapa minyak dikeluarkan, nak kira guane (macam mana)?

Sedikit panduan, di Semanjung Malaysia kita keluarkan 130,000 tong sehari. Ini Petronas bagi tau.

Saya tak tau berapa Terengganu keluarkan, itu Dr kena maklum la pada saya. Mana tau Terengganu keluarkan 2 juta tong sehari ke? Tapi kena lampirkan data la Dr, sembang kosong tak best.

Soalan 3:

Berapa banyak pula tong minyak diperlukan untuk penggunaan domestik negara kita sehari, Dr?

Pengeluaran minyak mentah kita hanya mampu memenuhi 48% – 50% permintaan dalam negara. Lagi 50% – 52% kita perlu import.

Ini data Petronas. Kalau Dr ada data yang lebih terperinci, boleh kemukakan. Bukan apa, takut Petronas menipu, tapi kami ni perlukan la data yang lain bagi menyangkal data Petronas ini.

Soalan 4:

Masa zaman parti Dr memerintah kerajaan tahun 2022, RON97 naik harga sebab harganya diapungkan. Masa tu kerajaan pakai kiraan APM (sistem kira harga minyak secara automatik ikut pasaran semasa)  untuk tentukan harga RON97 di pasaran. Kata minyak kita cukup, kenapa perlu ikut harga dunia juga?

Soalan 5:

Kalau betul minyak kita tak perlu ikut harga dunia sebab minyak kita cukup, kenapa kerajaan Dr dulu bayar RM45 bilion untuk subsidi bahan api? Sampaikan kena pakai duit ‘Kumpulan Wang Covid’ (duit hutan ) sebanyak RM6.28 bilion untuk tuntutan bulan November & Disember 2022.

Kata kita keluarkan minyak sendiri yakni cukup la untuk kita kan? Kenapa kita kena bayar tuntutan subsidi pula? Masa tu minyak Terengganu malu-malu nak keluar ke?

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img