’’Dari rakan sekerja kepada rakan serumah’’ – Fattah Amin-Amira nikah Ahad ini…

SPEKULASI percintaan antara Fattah Amin dan Amira Othman berakhir hari ini apabila mereka mengumumkan akan melangsungkan pernikahan  pada 14 September ini.

Pernikahan yang ada diadakan bertepatan dengan hari kelahiran Fattah itu diumumkan oleh beliau pada sidang media single duet terbaharu Rasa&Takdir dendangan Amira dan adiknya, Irfan Haris di Hotel Imperial Lexis, Kuala Lumpur.

‘’Saya mengumumkan kami akan bertukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah.

“Saya sukakan Amira kerana dia seorang wanita yang penuh dengan adab, sopan santun dan sangat baik,” kata Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin.

Fattah turut menambah, dia bersyukur kerana selepas lama disimpan kemas, hubungan cinta dengan Amira yang menjadi teka-teki orang ramai berakhir ke jinjang pelamin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img