Desakan makin kuat…satu sahaja pilihan Muhyiddin..berundurlah..

SUARA AWANG SELAMAT

AWANG dah kata sebelum ini tindakan Bersatu memecat Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan mencetuskan konflik dalam parti tersebut.

Malah Awang awal-awal lagi sudah ucap ‘takziah’ kerana tahu Bersatu akan berhadapan dengan masalah tersebut. Kini semua sudah jadi kenyataan dan kalau sebelum ini desakan terhadap Muhyiddin Yassin dibuat secara senyap-senyap tetapi kini sudah terbuka.

Bahagian-bahagian Bersatu secara terbuka mahu Muhyiddin berehat daripada jawatan Presiden dan mahu Azmin Ali serta Tun Ahmad Faisal Ismail Aziz digantikan sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan.

Awang percaya Muhyiddin tidak akan tunduk dengan desakan tersebut manakala penyokong-penyokong tegar serta orang-orang kanan akan memberi teori politik songsang mereka bahawa, desakan itu hanya datang dari segelintir ketua bahagian sahaja.

Mungkin juga mereka yang meminta Muhyiddin berundur dianggap ‘kurang ajar’ dan ‘biadab’ sebab Awang dengar itu ayat yang tertera dalam grup WhatsApp pemimpin Bersatu.

Muhyiddin boleh sahaja tidak mempedulikan desakan itu, manakala Azmin dan  Tun Faisal boleh sahaja ‘menyerang balas’ tetapi keadaan Bersatu sekarang sudah kucar kacir. 

Awang dapat tahu kali  ini gerakan untuk meminta Muhyiddin berundur bukanlah ‘biasa-biasa’ . Ia bukan sahaja akan melibatkan ketua-ketua bahagian tetapi juga ahli-ahli Parlimen. Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah menjadi Ahli Parlimen pertama yang tidak digantung atau dipecat membuat desakan itu.

Awang diberitahu ramai lagi Ahli Parlimen Bersatu akan berbuat demikian  dalam masa terdekat. Kesemua mereka tahu risiko yang menanti tetapi akan lakukan juga demi menyelamatkan Bersatu.

Sebagai seorang yang kehilangan jawatan PM apabila UMNO menarik sokongan terhadap beliau,  tidak mustahil selepas ini Muhyiddin akan kehilangan jawatan Presiden Bersatu dan Pengerusi PN pula disebabkan tiada sokongan dalam parti sendiri.

Jadi Awang harap demi kredibiliti dan imej beliau, Muhyiddin akan fikirkan betul-betul sebelum melakukan tindakan selepas ini. Kalau tanya Awang apa yang patut Muhyiddin buat, jawapannya satu sahaja..berundurlah dengan terhormat seperti mana desakan yang sedang bergema. Kalau nak bertahan pun sia-sia…baik jadi penasihat…itu lebih sesuai…sebab Muhyiddin pun ada team strategis yang hebat.

Awang : Khabarnya Pas akan buka mulut

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img