Suami isteri maut motosikal dinaiki dirempuh kereta dipandu pemandu mabuk

SEPASANG suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk di Jalan Ampang, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.34 pagi dan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios serta motosikal Honda Wave Alpha.

Katanya, Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 61 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pembonceng motosikal iaitu wanita tempatan berumur 56 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini..

Pemandu kereta dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan kini masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img