Dua anggota polis cedera diserang penagih dadah

DUA  anggota polis cedera selepas diserang menggunakan pisau oleh seorang suspek dipercayai penagih dadah di Selama, Perak, semalam.

Suspek kemudian melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

Anggota polis sebelum itu menerima maklumat kehadiran seorang lelaki disyaki penagih dadah yang berada di sebuah pondok di kampung berkenaan.

Sejurus menghampiri pondok itu, suspek bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, lapor Buletin TV3.

Salah seorang mangsa menahan suspek, namun berlaku pergelutan sebelum suspek dikatakan mengeluarkan sebilah pisau kecil dan menyerang anggota polis terbabit.

Akibat serangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Selama untuk rawatan.

Polis melancarkan operasi mengesan suspek termasuk melaksanakan Op Tutup di semua laluan keluar masuk kawasan berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img