Dua beradik maut, abang sulung cedera motosikal terbabas ketika pulang sekolah

DUA beradik berusia enam dan 10 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abang sulung mereka terbabas di Kampung Bechah Tendong di Pasir Mas hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang tadi ketika ketiga-tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1 di Pasir Mas.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Saiful Hayyan, 6, dan Muhammad Saiful Haider, 10, manakala abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, mengalami kecederaan.

Difahamkan, mangsa yang berusia 10 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here