Wanita maut tersepit, kereta terbabas langgar pokok

SEORANG wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di Bulatan Airport Lama, Tawau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Myvi ditemukan tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang lagi penumpang dilaporkan cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.29 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas sendiri sebelum melanggar sebatang pokok.

“Terdapat dua mangsa dengan seorang wanita dewasa tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang lagi penumpang mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 3.30 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here