Dua kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Gelugor

DUA pemilik kenderaan berdepan detik cemas selepas kenderaan mereka dihempap sebatang pokok besar yang tumbang secara tiba-tiba di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, Pulau Pinang pagi semalam.

​Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

SEBUAH MPV jenis Nissan Grand Livina turut terlibat ditimpa sebatang pokok besar yang tumbang di Jalan Kaki Bukit di Gelugor, Pulau Pinang pagi semalam. GAMBAR: JBPM Pulau Pinang

Pokok berkenaan dilaporkan tumbang merintangi jalan utama, sekali gus menyekat laluan lalu lintas di kawasan terbabit.

​Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.32 pagi sebelum menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

​”Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok telah menghempap dua buah kenderaan yang sedang berada di laluan tersebut. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Pasukan bomba bertindak memotong dahan dan batang pokok yang merintangi jalan tersebut menggunakan gergaji berantai (chainsaw).

Operasi pembersihan dan pengalihan sisa pokok turut mendapat bantuan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memantau keselamatan kabel elektrik di kawasan berhampiran.

​Laluan tersebut berjaya dibersihkan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya selepas operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.11 tengah hari.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img