Dua nyaris maut, kontena dijadikan rumah kongsi pekerja musnah dalam kebakaran

DUA unit kontena yang dijadikan rumah kongsi pekerja di sebuah kilang konkrit di Batu Kawan, Pulau Pinang musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.

​Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua orang pekerja yang sedang tidur di dalam kontena berkenaan nyaris maut namun mereka sempat keluar menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.

KEBAKARAN dua kontena yang dijadikan rumah kongsi pekerja di kilang konkrit di Batu Kawan, Pulau Pinang awal pagi semalam. GAMBAR: JBPM Pulau Pinang

​Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota penyelamat segera dikejarkan ke lokasi bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan kilang.

​”Kebakaran melibatkan dua unit kontena berkeluasan 5×20 kaki persegi yang digunakan sebagai kediaman pekerja. Struktur tersebut telah musnah 100 peratus akibat bahang api yang sangat kuat.

​”Selain itu, sebuah lori simen jenis Hino yang diletakkan berhampiran lokasi turut terjejas dengan anggaran kerosakan sebanyak 10 peratus akibat bahang panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, pasukan bomba menggunakan teknik pemadaman secara offensive (serangan terus) dan defensive (perlindungan struktur berhampiran) bagi memastikan api tidak merebak. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.02 pagi.

​Tambah jurucakap itu, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian ini.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.04 pagi selepas pemeriksaan rapi dilakukan bagi memastikan tiada lagi bara api yang tinggal. Punca kebakaran kini masih dalam siasatan unit forensik bomba,” kata jurucakap JBPM.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img