Dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan selepas kenderaan terbabas

DUA lelaki yang disyaki mencuri kabel telekomunikasi, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu ditahan selepas kenderaan mereka naiki terbabas.

Sebelum kejadian,  polis bersama kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang menjalankan rondaan mengesan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah ‘manhole’ atau lurang milik syarikat telekomunikasi berkenaan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, beberapa individu yang disyaki memotong kabel telekomunikasi bertindak melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux dan van Toyota Hiace.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, ketika cuba meloloskan diri, Toyota Hilux dinaiki suspek dipercayai cuba merempuh kenderaan polis yang menghalang laluan.

Bagaimanapun, katanya, Toyota Hilux terbabit berjaya ditahan selepas terbabas berhampiran Jalan Likas, berdekatan sebuah stesen minyak.

“Hasilnya, dua lelaki ditahan, manakala Toyota Hiace yang dipercayai turut terbabit sempat meloloskan diri dan kini sedang dikesan. Turut dirampas satu unit alat pemotong kabel dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan kabel milik TM yang sudah dipotong namun belum sempat dibawa keluar dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, selain Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img