Dua maut dalam kemalangan berasingan di Teluk Intan dan Ipoh

DUA individu maut dalam kemalangan berasingan berhampiran Plaza Tol kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Teluk Intan dan Kampung Pulau Juar dekat Kampung Gajah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam kejadian di Teluk Intan, kemalangan melibatkan sebuah lori 25 tan tanpa muatan dengan dua kenderaan, iaitu Toyota Vellfire dan Honda HR-V.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi tadi itu didapati dua mangsa wanita berada dalam Toyota Vellfire. Pemandu berusia 59 tahun mengalami kecederaan parah dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Sementara itu, penumpang berusia 54 tahun tersepit pada tempat duduk bahagian hadapan, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lelaki berusia 50 tahun yang menaiki kereta Honda HR-V mengalami kecederaan ringan. Pemandu lori, seorang lelaki berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera menerima rawatan awal oleh pegawai perubatan KKM sebelum dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans.

Sementara itu, di Kampung Gajah, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang.

Beliau berkata terdapat enam sekeluarga di dalam kenderaan berkenaan, iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam tadi itu, wanita dan empat kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat sebelum bomba sampai di lokasi pada 11 malam, manakala pemandu lelaki yang tidak tersepit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER … sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan dan CPR (resusitasi kardiopulmonari) di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, mangsa Mohd Khirzee Musa, 39, (pemandu) disahkan meninggal dunia. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 12.30 tengah malam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img