Dua penjawat awam ditahan SPRM kes tuntutan palsu RM30,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua penjawat awam selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi memperoleh tuntutan elaun berjumlah kira-kira RM30,000.

Tuntutan itu membabitkan elaun tugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana yang dipercayai dilakukan antara 2022 hingga 2023.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan kira-kira jam 10 pagi Khamis lalu, ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM cawangan Lahad Datu.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada 24 September ini,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here