Jurutera rugi RM27,580 terpedaya tawaran seks dalam talian

HAJAT seorang jurutera untuk mendapatkan khidmat seks yang ditawarkan secara dalam talian bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kerugian RM27,580 selepas diperdaya sindiket penipuan.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 28 tahun itu melayari aplikasi TikTok ketika berada di rumahnya di Bangsar kira-kira jam 8.22 pagi, Jumaat lalu sebelum menekan satu pautan yang membawa kepada nombor WhatsApp yang menawarkan pakej seks.

Menurutnya, mangsa yang berminat dengan tawaran itu membuat sebanyak 22 transaksi ke enam akaun berbeza.

“Selepas membuat semua bayaran, mangsa diminta membuat bayaran tambahan namun mula berasa curiga.

“Setiap pembatalan tempahan dikenakan caj, malah mangsa turut diugut kononnya maklumat akan ditularkan di media sosial sekiranya enggan mengikut arahan, menyebabkan dia terus melakukan pembayaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis pada Sabtu selepas menyedari ditipu.

“Akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM27,580 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada kerana terdapat beberapa kes menggunakan modus operandi sama dan tidak berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan khidmat seks.

Katanya lagi, individu yang melanggan khidmat seks juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan berisiko menjadi mangsa penipuan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img