Dua tragedi berasingan ragut nyawa dalam satu malam di Baling

DUA lelaki maut dalam dua kejadian berasingan di daerah Baling dalam tempoh kira-kira tiga jam malam tadi, membabitkan kemalangan sebuah kereta dan motosikal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe berkata, kejadian pertama membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan Masjid As Subahan, Kampung Kuala Nau, Mukim Bakai, Malau kira-kira jam 8.45 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta selepas selesai menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami.

“Kira-kira tiga jam kemudian, seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun pula maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas di Sungai Limau, Jalan Simpang Batu 42/Parit Panjang/Batu 5 Sik-Baling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan yang dilaporkan pada jam 11.25 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Batu 42 menghala ke Sungai Limau.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk proses bedah siasat.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img