Enam daerah di Pantai Timur Sabah bergelap, bekalan elektrik terputus

BEBERAPA  daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik susulan gangguan talian penghantaran 275KV Kolopis-Segaliud membabitkan talian 1 dan talian 2.

Sabah Electricity Sdn Bhd dalam hantaran Facebook rasmi memaklumkan antara terjejas ialah Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

“Gangguan berlaku pada 5.05 petang. Kerja pemeriksaan sedang dijalankan bagi mengesan punca.

“Pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan sebarang kesulitan amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

 Sabah Electricity memaklumkan beberapa kawasan di Tawau turut mengalami gangguan bekalan elektrik dan pemulihan bekalan sedang dijalankan secara berperingkat.

Sabah Electricity dalam perkongsian terbaharu memaklumkan pasukan teknikal telah berada di tapak talian yang terpelantik di Kampung Sarapong dan Kampung Moyog di Penampang, yang terletak di Pantai Barat Sabah.

“Kejadian tanah runtuh ke arah menara penghantaran menyukarkan petugas untuk melalui kawasan tersebut. Keadaan hujan lebat ketika ini juga menyukarkan proses pemeriksaan,” menurut perkongsian itu.

Bagaimanapun, Sabah Electricity memaklumkan kerja pengesanan punca kerosakan tetap diteruskan dengan keutamaan kepada keselamatan pasukan teknikal bertugas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img