Facebook alami gangguan besar-besaran di seluruh dunia

PLATFORM media sosial milik Meta, Facebook mengalami gangguan besar-besaran sebentar tadi dengan jutaan pengguna di seluruh dunia melaporkan ketidakupayaan untuk mengakses perkhidmatan itu.

Berdasarkan data laman web pemantau gangguan, Downdetector, lebih 300,000 laporan gangguan diterima bagi Facebook, manakala platform lain milik Meta iaitu Instagram turut terjejas dengan lebih 20,000 laporan direkodkan dalam tempoh yang sama.

Pelbagai negara di seluruh dunia dilaporkan mengalami kesannya, menjadikan ia antara gangguan terbesar yang melanda platform berkenaan.

Ramai pengguna yang cuba log masuk ke akaun mereka mendapati mesej ralat dipaparkan, manakala sebahagian yang lain melaporkan log keluar secara automatik tanpa dapat mengakses semula akaun mereka.

Platform X (Twitter) turut dipenuhi dengan aduan pengguna yang berkongsi pengalaman serupa, dengan ramai yang mengesahkan bahawa gangguan itu bukan hanya berlaku kepada mereka secara individu.

Setakat ini, Meta masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca gangguan berkenaan mahupun jangka masa penyelesaiannya.

Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis, gangguan tersebut sudah kembali pulih melibatkan Facebook, Instagram dan X sudah boleh diakses seperti biasa.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img