Fitnah isu babi, mafia korporat: Anthony Loke saman peguam

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Georgetown terhadap seorang peguam berhubung beberapa video yang didakwa berunsur fitnah yang dimuat naik dalam media sosial.

Anthony mendakwa Ang Woei Shang yang juga kolumnis sebuah portal berita bahasa Cina, memuat naik tiga video dalam Facebook antara 26 Februari hingga 8 Mei lalu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seremban itu dengan isu penternakan babi dan dakwaan kewujudan mafia korporat.

Beliau berkata, Woei Shang turut menuduhnya berbohong kepada masyarakat Cina mengenai isu penternakan babi serta ‘melindungi’ mafia korporat.

Menteri Pengangkutan itu berkata, kenyataan yang dipertikaikan dalam video tersebut secara langsung merujuk kepadanya, dengan dilampir gambar beliau.

Beliau mendakwa video yang diterbitkan Woei Shang dibuat dengan niat jahat dan mencetuskan kritikan terhadapnya dalam kalangan pengguna Facebook.

“Kenyataan defendan tidak berasaskan fakta dan telah mencemarkan reputasi plaintif,” menurut peguam Anthony dalam penyataan tuntutan, lapor FMT.

Dalam tuntutan itu, Anthony memohon ganti rugi serta permohonan maaf secara terbuka daripada Woei Shang.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk pengurusan kes.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img