Gempa kali keempat dalam tempoh seminggu di Segamat, terbaru gegaran 3.4 skala richer

 SATU  gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Segamat awal pagi ini, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di daerah itu dalam minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 4.24 pagi itu berpusat di koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur, kira-kira 22 kilometer timur laut dari Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran agar mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7 bagi membantu penilaian agensi itu.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img