Guru didakwa lakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki

SEORANG guru didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki, awal bulan ini.

Muhammad Izzuddin Mohmad Asari, 31, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar berusia 13 tahun di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 8 pagi 4 Jun.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 14(d) akta itu yang  memperuntukkan hukuman sama.

Mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain menetapkan 23 Julai sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala lelaki itu diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img