Guru lelaki ditahan bantu siasatan kes cabul murid perempuan tahun lalu

POLIS menahan seorang guru lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes cabul membabitkan seorang murid perempuan berusia 12 tahun di kawasan Seri Alam yang tular dalam media sosial, semalam.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, pihaknya mengesan hantaran dimuat naik menerusi Facebook mengandungi dakwaan mengenai kejadian terbabit semalam.

Dalam hantaran berkenaan, katanya, pemilik akaun mendakwa, kejadian berlaku September lalu membabitkan seorang guru berusia lingkungan 20-an dan murid perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.

Menurut pemilik akaun itu, perkara tersebut terbongkar apabila murid terbabit didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh kepada murid lain sebelum kejadian disiasat pihak sekolah dan kanak-kanak berkenaan mengaku melakukan hubungan seksual dengan guru berkenaan.

Susulan hantaran tular berkenaan, Choon Huat berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 37 tahun kira-kira jam 9 malam tadi.

“Pengadu memaklumkan kejadian cabul itu dipercayai berlaku sekitar 2025 di kawasan Seri Alam. Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan seorang suspek.

“Lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam tadi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah dengan permohonan reman ke atasnya akan dibuat di Mahkamah Johor Bahru hari ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau mengeluarkan komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img