Hanya Agong boleh batalkan pelantikan Azam sebagai Penasihat NFCC

PELANTIKAN Tan Sri Azam Baki sebagai Penasihat Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) hanya boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka dan kekal berkuat kuasa sehingga 2027, selain tidak mempunyai kaitan dengan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya rasa saya sudah mengeluarkan kenyataan mengenainya hari ini. Lantikan Yang di-Pertuan Agong itu terpakai sehingga 2027.

“Nak batalkan itu hanya Yang di-Pertuan Agong. Ia tidak berkait dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Lantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan berakhir, kalau saya tidak silap, pada 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mempersoalkan justifikasi pelantikan Azam sebagai penasihat NFCC.

“Saya tengok dia (Hamzah) ada buat kenyataan. Dia sendiri pun tidak terlepas juga, tetapi tidak mengapa,” jelasnya.

Semalam, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mempersoalkan pelantikan Azam sebagai penasihat NFCC dengan mendakwa bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk dakwaan membabitkan skandal korporat dan pemilikan saham.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img