SUARA AWANG SELAMAT
SEMALAM Awang baca berita kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail yang dok cerita kenapa Muhyiddin Yassin dipilih sebagai calon PM untuk parti itu.
Awang tak faham, kenapa isu itu nak dibangkitkan lagi sedangkan semua orang tahu disebabkan pencalonan itulah huru-hara habis Bersatu. Sepatutnya Tun Faisal ceritalah macam mana nak selesaikan kemelut dalam Bersatu. Dah parah sangat dah tu..
Ini tidak, beliau dok beria-ia bercakap pasal calon PM. Semua orang dah tahu Bersatu calonkan Muhyiddin, semua orang dah faham segala kehebatan Muhyiddin yang beberapa pemimpin parti itu canangkan. Cukuplah setakat itu.
Orang dah tak bercakap dah soal siapa calon PM daripada Bersatu atau PN sebab isu tu sudah dianggap selesai dan akan ditentukan apabila PN menang pilihan raya nanti, itu pun kalau menang. Tetapi kalau Bersatu dok dalam keadaan sekarang ‘alamat ke laut’ la PRU-16 nanti.
Tun Faisal tu Ketua Penerangan, tak kan kerja setakat dok terang pasal apa Muhyiddin dpilih jadi calon PM. Tak kan tugas Ketua Penerangan asyik dok sibuk pertahankan Presiden sahaja. Kalau serangan dari luar, okla tapi ni dok gaduh sesama sendiri.
Tun Faisal tak perlu risau, kalau beliau dan rakan-rakannya yakin rakyat mahukan Muhyiddin tunggu sahaja pilihan raya, tak payah dok ke hulu ke hilir nak terang kenapa Muhyiddin dipilih.
Kalau Tun Faisal tak cakap pun, rakyat dah kenal siapa Muhyiddin. Sebab beliau kan bekas Perdana Menteri. Mestila orang kenal. Cuma nak undi atau tidak, tu yang penting.
Jadi Tun Faisal cukup-cukupla cakap soal Muhyiddin jadi calon PM tu. Pas pun belum tentu setuju lagi. Macam mana kalau PRU-16 PN menang dan kerusi terbanyak adalah Pas …ingat Pas tak nak jadi PM ke, ingat Pas tak ada calon ke.
Jadi lebih baik tumpu kepada PRN Sabah, kemudiannya Melaka dan Johor seterusnya PRU-16. Pi tolong Tok Hamzah Zainuddin cari duit untuk buat belanja pilihan raya sebab belanja besar. Jangan nanti bila PN kalah salahkan Hamzah, bila menang…terus kata ‘itulah bukti sokongan rakyat kepada kepimpinan Muhyiddin’.
Awang nasihat ini ikhlas sebab banyak feedback atau ‘report‘yang Awang dapat semua negatif pasal Bersatu. Orang dok tanya Bersatu ni dok kalut pasal calon PM, gaduh sampai nak runtuh parti…macam mana nak sokong!
Kalau keadaan tu tak reda, Bersatu tak layak nak jadi ketua PN…nampak hebat la boleh kumpul semua parti duduk dalam satu gagasan. Tapi tu ibarat sebuah rumah… laman nampak cantik…semua orang boleh lepak..tapi masuk dalam rumah berantakan macam empangan pecah! Jadi elokkan ‘satukan’ dulu Bersatu sebelum dok ‘meracau’ pasal calon PM.
Awang – Tak pernah meracau….kacau-kacau ada la
UNDILAH |



