Hilang dari rumah, kanak-kanak 6 tahun ditemukan maut dalam parit

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Sungai Sumun, Hutan Melintang ditemukan meninggal dunia dalam parit di kawasan ladang kelapa sawit, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Faith Fatih Abdullah Fattah ditemukan orang awam pada jam 10.08 malam iaitu kira-kira 330 meter dari kediamannya selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima makluman daripada polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 6.24 petang.

Menurutnya, keluarga hanya menyedari mangsa tiada di dalam rumah selepas mendapati pintu hadapan kediaman terbuka.

“Bapa mangsa kemudian berusaha mencarinya di sekitar rumah dan kawasan ladang kelapa sawit berhampiran namun gagal sebelum membuat laporan polis pada jam 3.30 petang.

“Operasi SAR kemudian digerakkan membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, polis, agensi berkaitan serta bantuan orang awam,” katanya.

Beliau berkata, Unit K9 polis turut digunakan bagi membantu pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di belakang rumah mangsa.

“Mangsa akhirnya ditemukan oleh orang awam di dalam parit sebelum anggota bomba membawa keluar mayat dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sabarodzi berkata, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.11 malam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img