Jerebu : Semua sekolah di Johor dan empat PPD Selangor ditutup esok

SEMUA sekolah di Johor dan empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangor akan ditutup esok akibat jerebu berterusan.

Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek, berkata sekolah di bawah empat PPD itu ialah kawasan Bangsar Pudu, Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana.

Bagaimanapun, katanya, sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak kekal beroperasi seperti biasa.

“Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, status pengoperasian sekolah akan ditentukan mengikut pemantauan bacaan indeks pencemaran udara setiap hari.

Katanya, pengarah pendidikan negeri diarah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.

Fadhlina berkata, ibu bapa, penjaga dan guru diminta sentiasa mengikuti maklumat terkini pengoperasian sekolah menerusi platform rasmi KPM dan jabatan berkaitan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here