JKDM rampas bunga ganja RM4.2 juta cuba diseludup 3 warga Jepun

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan percubaan tiga lelaki warga Jepun untuk menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja seberat 43.36 kilogram bernilai lebih RM4.2 juta ke negara ini selepas mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 November lalu.

Pengarah JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, kesemua tiga lelaki berusia antara 19 hingga 42 tahun itu ditahan selepas enam bagasi mereka diimbas dan pemeriksaan menemukan beberapa bungkusan plastik mengandungi tumbuhan disyaki bunga ganja.

“Pemeriksaan mendapati bunga ganja itu disorok dalam bungkusan makanan kering dalam enam bagasi lelaki terbabit.

“Barang kes seterusnya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 12 sebatan, sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.”

Justeru, beliau menggesa orang ramai untuk membantu memerangi jenayah penyeludupan dan tidak membabitkan diri dengan aktiviti itu serta menyalurkan maklumat berkaitan menerusi talian bebas tol JKDM di 1-800-88-8855 atau pejabat JKDM di setiap negeri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img