JKKTN setuju RUU Khairat kawal selia entity amanah, dana awam – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penguatkuasaan undang-undang mesti disertai pembudayaan integriti dan tatakelola baik secara berterusan dalam sektor awam, swasta serta masyarakat.

Perdana Menteri membuat penegasan itu ketika Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang memberi tumpuan kepada usaha membanteras ketirisan wang awam dan salah guna kuasa, khususnya melibatkan Badan Berkanun Persekutuan.

Melalui Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, mesyuarat bersetuju supaya kajian undang-undang dilaksanakan bagi merangka dasar, hala tuju tadbir urus serta draf Rang Undang-Undang Khairat untuk mengawal selia entiti amanah dan pendanaan awam. Langkah ini penting bagi memastikan dana yang diamanahkan diurus secara telus dan bertanggungjawab.

‘’Mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Pembudayaan Nilai Perkhidmatan Awam. Pada masa sama, dasar bagi Rang Undang-Undang Badan Berkanun dan Entiti Kawalan (Tadbir Urus Kewangan) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun ini bagi memperkukuh disiplin serta kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan,’’ katanya.

Beliau berkata,mesyuarat juga bersetuju dengan tujuh resolusi yang dibentangkan semasa Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Kelima pada 25 September lalu.

‘’Kerajaan MADANI akan terus memperteguh integriti perkhidmatan awam dan menutup ruang ketirisan serta salah guna kuasa. Setiap ringgit wang awam adalah amanah rakyat yang mesti dijaga, dan setiap kuasa yang diberikan mesti digunakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here