AHLI Parlimen Subang Wong Chen mencabar PKR memecatnya jika parti itu merasakan beliau melanggar disiplin kerana menghadiri pogram ‘Jelajah Kancil’ dengan parti Bersama.
Beliau berkata PKR tidak perlu mendesaknya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen jika benar mahu mengambil tindakan terhadapnya.
“Kalau berani, tak payah suruh saya meletak jawatan. Dia nak suruh saya meletak jawatan, dia pun takut.
“Kalau berani, pecat saya, pecat saya, saya boleh terus sebagai Ahli Parlimen untuk rakyat Subang,” katanya melalui rakaman video ketika berucap di Jelajah Parti Bersama di Negeri Sembilan,Sabtu lalu.
Wong dipercayai merujuk kepada surat tunjuk sebab diterimanya daripada Lembaga Disiplin PKR susulan penglibatannya dalam program ‘Jelajah Kancil’ yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Dalam ucapan itu, Wong turut membayangkan tindakan memecatnya boleh mencetuskan kesan lebih besar terhadap parti itu dengan mendakwa enam Ahli Parlimen akan keluar dari PKR.






