Kemalangan dua kenderaan: Ibu sarat mengandung cedera, anak dalam kandungan maut

SEORANG wanita sarat mengandung cedera, manakala anak dalam kandungannya maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang tengah hari tadi.

Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan berlaku di KM4.3 melibatkan wanita berusia 35 tahun yang menunggang motosikal dan sebuah jip Nissan X-Trail dipandu lelaki berusia 61 tahun itu pada 1.55 tengah hari.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika jip yang mahu memasuki simpang bertembung dengan motosikal mangsa yang berada di jalan lurus.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta pendarahan dalaman,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama. Anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia setelah pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail.”

Yusof berkata, wanita itu kini dirawat di hospital, manakala pemandu jip tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here