Proses pemulihan ekonomi selepas perjanjian damai ambil masa – Akmal

MENTERI Ekonomi Akmal

PEMULIHAN ekonomi berikutan konflik di Asia Barat tidak akan berlaku serta-merta walaupun perjanjian damai ditandatangani antara Amerika Syarikat dan Iran.

Sebaliknya kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia memerlukan masa bagi memulihkan laluan perdagangan strategik dan infrastruktur yang terjejas.

Beliau berkata, ia khususnya melibatkan proses pemulihan laluan kritikal seperti Selat Hormuz serta kerosakan prasarana yang terkesan akibat konflik yng berlaku.

“Sekiranya benar perjanjian damai itu boleh dicapai, kesannya mungkin akan mengambil masa kerana proses untuk memulihkan keadaan daripada segi laluan di Selat Hormuz dan infrastruktur yang terjejas memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Himpunan Bulanan Kementerian Ekonomi, di Putrajaya, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, krisis geopolitik di peringkat global itu telah memberikan kesan yang ketara kepada negara, terutamanya dalam mendepani isu bekalan minyak.

Beliau memberitahu walaupun kerajaan sentiasa menantikan perkembangan positif berhubung ruang rundingan damai, namun situasi semasa masih belum membolehkan negara untuk kembali seperti biasa.

“Perkara itu masih boleh dipengaruhi dengan faktor-faktor di luar jangka. Oleh itu, di peringkat kementerian, kita mengekalkan komitmen untuk terus melihat peranan yang boleh diambil bagi meredakan tekanan yang berlaku.

“Ini termasuklah melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan terus kita langsungkan sehingga keadaan benar-benar memberi gambaran yang lebih jelas dalam soal penamatan krisis ini,” katanya.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menerusi platform X memaklumkan, perjanjian damai itu sudah dicapai dan majlis menandatangani perjanjian secara rasmi akan diadakan di Switzerland pada Jumaat ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img