Kerajaan jamin kekal subsidi sedia ada – MoF

KERAJAAN memberi jaminan tidak akan mengurangkan subsidi sedia ada, meskipun konflik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada harga minyak dunia dan pasaran tenaga global.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan kekal komited mengekalkan subsidi yang dinikmati rakyat termasuk BUDI95 yang terbukti berkesan melindungi pengguna daripada kesan ketidaktentuan pasaran minyak global.

“BUDI95 yang diperkenalkan September lalu telah melindungi rakyat Malaysia semasa krisis pada bulan Mac dan April.

“Kerajaan telah memastikan harga petrol dan bekalan minyak semasa krisis dan ini adalah kelebihan BUDI95,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Chin Tong, kerajaan menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari serta Februari 2026 sebelum jumlah itu melonjak kepada kira-kira RM5 bilion sebulan pada Mac dan April susulan kenaikan harga minyak mentah dunia akibat konflik di Asia Barat.

Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat sebelum memuktamadkan sebarang semakan terhadap unjuran fiskal negara.

“Setakat ini, kita tidak nampak ada keperluan untuk mengubah unjuran.

“Sekiranya perlu, semakan semula kepada unjuran fiskal 2026 akan diumumkan semasa Belanjawan 2027 kelak setelah mengambil kira indikator ekonomi terkini dan prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan sehingga separuh pertama 2026,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img