Isirung kelapa sawit, aset lebih RM600,000 dirampas PPM, MPOB

KEGIATAN menyimpan isirung kelapa sawit tanpa lesen sah terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu menyerbu sebuah premis di Jalan POIC, Lahad Datu, semalam.

Dalam operasi itu, beberapa pekerja dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya merampas sejumlah besar isirung kelapa sawit serta beberapa aset yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan dengan nilai keseluruhan melebihi RM600,000.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan hasil kerjasama strategik antara PPM Wilayah 4 Sabah dan MPOB Lahad Datu.

“Operasi ini dijalankan bagi membanteras kegiatan penyimpanan serta pengendalian isirung kelapa sawit yang melanggar peruntukan undang-undang.

“Selain isirung kelapa sawit, pihaknya turut merampas beberapa aset yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang bagi melindungi kepentingan industri komoditi negara,” katanya.

Ahmad Amri berkata, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 11 kes di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 membabitkan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM8.7 juta.

“Sepanjang tempoh itu juga, seramai 25 individu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan di bawah akta berkenaan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img