Kerajaan perpaduan kekal stabil, pentadbiran berjalan seperti biasa – Fahmi

KERAJAAN perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri termasuk di Negeri Sembilan kekal stabil dan terus berfungsi seperti biasa.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri termasuk di Negeri Sembilan tidak terjejas dan pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Kabinet.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan melibatkan kedudukan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan juga tidak akan mencampuri sebarang isu berkaitan urusan adat di negeri berkenaan.

Berhubung kedudukan Adun BN terbabit, Fahmi berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa beliau akan mengadakan pertemuan bersama mereka dalam masa terdekat.

“Zahid telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa beliau akan mengadakan pertemuan bersama Adun terbabit dalam masa terdekat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img